suria

Cubaan lari sekatan polis gagal! Mekanik ditahan bawa mercun, kereta dirampas

Suspek ditahan di IPD Pekan untuk siasatan lanjut.

TINDAKAN seorang lelaki berusia 30 tahun yang cuba lari daripada sekatan polis di sekitar kawasan Kampung Permatang Arang, Pekan di Pahang pada Isnin mengundang padah apabila dia kemudiannya ditahan kerana memiliki pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM8,000.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, ketika kejadian suspek yang juga seorang mekanik memandu pacuan empat roda dilihat cuba berpatah balik bagi mengelak pemeriksaan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah seludup mercun! Seorang lelaki ditahan di rumahnya, mercun bernilai RM20,745 dirampas

ARTIKEL BERKAITAN: 4 suspek termasuk warga Indonesia ditahan, mercun bernilai hampir RM600,000 dirampas

Ujar beliau, tingkah laku mencurigakan itu menyebabkan polis mengejar kenderaan suspek dan berjaya menahannya di tepi jalan Kampung Beruas kira-kira jam 11 malam.

"Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranjer itu, polis menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api di bahagian tempat duduk belakang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaidi memberitahu, turut dirampas kenderaan digunakan dan wang tunai RM400.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain