suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan deposit wang palsu, penjual ayam mengaku tidak salah... dibenar ikat jamin RM10,000

Penjual ayam dituduh guna wang palsu.

CUBAAN seorang penjual ayam mendepositkan wang palsu RM100 sebanyak tujuh keping boleh mengakibatkan dia dipenjara tidak lebih 20 tahun.

Ia berikutan dia ditahan dan didakwa Mahkamah Sesyen Kuantan di Pahang mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara dan boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Tertuduh, Rohamad Mohamad Saaid, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa menggunakan wang palsu sebagai tulen iaitu tujuh keping wang RM100 yang palsu untuk deposit wang ke akaun milik Hamidah Ismail.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bank Simpanan Nasional Indera Mahkota, pada jam 12.15 tengah hari, 18 April lalu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan menyara isteri dan seorang anak.

Katanya, pendapatan diperoleh sekitar RM300 sehari dengan penjualan ayam. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain