suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir kilat landa Kuala Lumpur, jalan sesak teruk

Beberapa jalan utama sesak teruk kerana ditenggelami air. Foto: Facebook Itis

BEBERAPA jalan utama di Kuala Lumpur ditenggelami air selepas hujan lebat bermula kira-kira pukul 3 petang Isnin (25 April).

Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis) berkongsi beberapa gambar di media sosial menunjukkan jalan utama di beberapa lokasi yang teruk terjejas.

banjir 2

Antaranya Jalan Semantan, Jalan Parlimen, Jalan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Travers, Jalan Ampang, kawasan sekitar Menara DBKL 1 di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Pudu.

"Hujan turun dengan lebat di pusat bandar. Pemandu kenderaan dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu," kata Itis dalam laman Facebooknya.

banjir 1

Imej yang dikongsikan menunjukkan trafik sesak di Jalan Pudu, Jalan Maharajalela dan Jalan Tun Razak, manakala banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Segambut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain