suria

Nama Rina Harun kembali jadi bualan, kali ini ‘bergambar’ bersama Bella

Nama Rina Harun menjadi bualan gara-gara tular video lawatannya bertemu Bella.

NAMA Datuk Seri Rina Mohd Harun sekali lagi menjadi perbualan ramai di media sosial, dan kali ini mengaitkan dengan remaja perempuan yang dipercayai mangsa penderaan bernama Bella.

Lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang dilaporkan bersama rombongan media, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Ia susulan video yang menunjukkan Rina melawat Bella, tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Rina Harun terharu keprihatinan TMJ, sedia menghadap bagi persembah status perbicaraan kes dera Bella

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu keadilan, perjuang nasib Bella... TMJ tawar khidmat peguam secara percuma

"Hentikan photo ops (sesi bergambar) @RinaMohdHarun. Ini bukan mengenai anda mendokumentasikan bukti bahawa anda mengambil berat atau anda membuat tindakan kepada 'buat kerja' (dilihat bekerja). Tidak sensitif dan 'tidak tahu' tentang perlindungan kanak-kanak," kata pengguna Twitter Tina Z.

rina harun bella

Rina berbual dengan Bella ketika melakukan lawatan di sebuah rumah kebajikan di Seremban, Julai tahun lalu. - Gambar fail/ Bernama

"Bella tu belum lagi bersedia nak jumpa orang luar, datang bawak wartawan, jurugambar dan jurukamera bagai. Takut la budak tu," tulis pengguna Twitter @wahidahu55ain.

"Ini adalah salah dari segi etika, moral dan profesional," kata seorang lagi pengguna Twitter, Munirah Mazlan.

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati pertemuan Rina dan Bella itu dilakukan ketika sesi lawatan beliau ke sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan, pada Julai tahun lalu.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung pertuduhan mengabaikan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kes tersebut menarik perhatian ramai berikutan kecederaan teruk yang dialami mangsa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain