suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 penyelam hilang ditemui, mangsa keempat disahkan meninggal dunia... dipercayai hanyut ke perairan Indonesia

Nathan dipercayai telah meninggal dunia dan mayatnya telah terapung ke perairan Indonesia.

OPERASI mencari dan menyelamat empat penyelam yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, dekat Mersing, Johor pada Rabu berakhir dengan tragedi apabila mangsa keempat disahkan meninggal dunia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi menyelamat dan mencari telah ditamatkan selepas tiga daripada mangsa ditemui.

“Tiga daripada mangsa, Kristine Grodem, 35, dari Norway, Alexia Molina, 18, dari Perancis dan warga Britain, Adrian Chesters, 46, telah ditemui.

“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa warga Belanda Nathan Renze Chesters, 14 masih hilang dan disahkan meninggal dunia oleh bapanya,” katanya.

Tambahnya, Pusat Kecil Penyelamat Marin (MRSC) Johor Baru telah memaklumkan pihak berkuasa Indonesia untuk membantu pencarian Nathan, yang dipercayai telah meninggal dunia dan mayatnya telah terapung ke perairan Indonesia.

Terdahulu, tiga lagi penyelam yang hilang sejak Rabu telah ditemui dan kini mendapatkan rawatan di KPJ Pasir Gudang dan Hospital Mersing. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia