suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malang nasib si kucing jantan, 2 hari terperangkap atas pokok... mujur ada abang bomba

Haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 9.10 pagi.

BUKAN dua jam tetapi 48 jam!

Begitulah kisahnya mengenai seekor kucing yang terperangkap selama dua hari atas pokok di Kampung Tersusun Sungai Buluh, Sungai Siput, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia anak saya, bukan kucing saya” - ‘Darah manis’ don't care, pengantin sanggup tanggung risiko selamatkan ‘gemuk’ buat hal

Selepas sekian lama menanti, kucing itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba pada Ahad.

Panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 8.45 pagi pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota yang tiba lokasi mendapati, terdapat seekor kucing jantan berada di atas sebatang pokok pada ketinggian lebih empat meter.

"Difahamkan kucing itu terperangkap di atas pokok selama dua hari. Anggota menggunakan tangga jentera untuk membawa turun haiwan berkenaan," katanya.

Haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 9.10 pagi. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia