suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontena jatuh jejambat hempap dua buah lori, seorang cedera

Kontena terjatuh dari jejambat berketinggian 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang.

SEBUAH kontena terjatuh dari jejambat yang berketinggian 12 meter, dan menghempap ​​dua kenderaan lain di laluan bawah.

Dilaporkan, seorang pemandu lori mengalami kecederaan susulan insiden tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, kejadian berlaku di Jalan Pelabuhan Klang pada Selasa (5 April).

ARTIKEL BERKAITAN: Van penghantaran terbalik, tin bir berselerakan di Jambatan Pulau Pinang

"Kontena itu jatuh dan menghempap dua buah lori di bawah, menyebabkan seorang daripada dua pemandu lori terbabit terperangkap.

"Bomba menyelamatkan lelaki berusia 49 tahun itu, yang telah dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan," kata jurucakap berkenaan.

Kontena itu membawa kotak kitar semula dan barangan lain.

Bagaimanapun punca kemalangan itu belum dapat dipastikan.

Beberapa klip video dan gambar yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Kelihatan trafik di laluan bawah sesak ekoran kontena tersebut menghalan laluan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain