suria

Padah bawa parang serang balai polis, seorang lelaki mabuk ditahan kerana ugutan jenayah

Seorang lelaki mabuk cuba menyerang polis.

SEORANG lelaki mabuk yang bersenjatakan parang ditahan selepas mengugut untuk membunuh anggota polis di balai Kuala Penyu di Kota Kinabalu Sabah.

Difahamkan, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu memasuki balai polis kira-kira tengah malam Rabu (16 Mac) dan dilaporkan berbau alkohol serta hampir tidak dapat berdiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik dakwa Jahidah dijaga ala kadar di hospital... makin kurus, kaki berkudis

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jurutera kena reject temuduga kerja di Amerika, dakwa kes rasuah Malaysia jadi punca... tapi ramai tak percaya, anggap bikin cerita

Ketika anggota bertugas bertanya, dia menjawab 'Untuk membunuh kamu'.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superitenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek dipercayai cuba melibas dengan parang dan menyebabkan anggota terpaksa masuk ke kaunter aduan dan mengunci pintu hadapan.

"Suspek terus menjerit 'saya datang ke balai untuk membunuh polis'. Malah dia juga enggan pergi dari lokasi kejadian," katanya.

Menurut beliau, ekoran itu, anggota terbabit meminta bantuan dan sepasukan polis tiba untuk menahan suspek.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan siasatan awal mendapati suspek bertindak di bawah pengaruh alkohol manakala kes disiasat sebagai ugutan jenayah. - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain