suria

Pencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000... PM minta rakyat fikir masak-masak!

Ismail berharap pencarum dapat membuat pertimbangan sewakarnya sebelum membuat pengeluaran.

KERAJAAN bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: KWSP isytihar dividen simpanan konvensional 6.1 peratus, syariah 5.65 peratus

"Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

"Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP," ujarnya menerusi siaran langsung.

Tambah Ismail Sabri, keputusan tersebut bukanlah mudah untuk dilaksanakan dan beliau berharap pencarum dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran.

"Ini keputusan sukar kerana melibatkan hari tua rakyat. Ia jalan tengah untuk imbangi keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan.

"Saya harap pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran demi masa depan," ujarnya lagi.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain