suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Onn Hafiz dilantik MB Johor baharu

Onn Hafiz mengangkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Foto: Facebook Official Sultan Ibrahim

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Johor ke-19.

Difahamkan, Onn Hafiz mengangkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di Istana Bukit Serene, kira-kira pukul 3 petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor, TMJ tiba di Istana Bukit Serene untuk istiadat angkat sumpah MB

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang memegang jawatan Menteri Besar bermula 28 Februari 2020 sehingga DUN dibubarkan pada Januari lalu.

Pada PRN Johor, Sabtu lalu, Onn Hafiz, 44, memenangi kerusi DUN Machap dengan majoriti 6,543 undi.

Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor itu juga merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain