suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Johor, TMJ tiba di Istana Bukit Serene untuk istiadat angkat sumpah MB

Sultan Ibrahim tiba di istana dengan menaiki Rolls Royce bersama kenderaan pengiring sekitar pukul 2.54 petang Selasa. Foto: The Star

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah tiba di Istana Bukit Serene untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri bBesar Johor yang baharu.

Baginda tiba di istana dengan menaiki Rolls Royce bersama kenderaan pengiring sekitar pukul 2.54 petang Selasa (15 Mac).

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah tiba di pintu gerbang istana lebih awal kira-kira pukul 2.40 petang.

Difahamkan penyandang Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Adun Machap yang baru dilantik, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga tiba di istana melalui pintu belakang lebih awal.

Onn Hafiz dijangka akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu.

Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar baharu berusia 44 tahun itu dijangka dijalankan kira-kira pukul 3 petang di Istana Bukit Serene. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain