suria

Angkara cemburu, wanita maut dikelar

Seorang lelaki mengaku menyebabkan kematian teman wanitanya.

SEORANG wanita maut dikelar pada bahagian leher di sebuah premis perniagaan di Serdang Perdana, Serdang pada Sabtu, angkara cemburu.

Pengakuan itu dibuat oleh suspek yang merupakan teman lelaki mangsa berhubung kejadian kira-kira pukul 7.25 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad untuk menyerah diri.

"Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes disiasat dan motif pembunuh dipercayai kerana cemburu.

"Suspek seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun bekerja sebagai pemandu lori menetap di Taman Muhibbah, Seri Kembangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dilaporkan, seorang pemilik sebuah kedai peralatan keselamatan maut dipercayai dikelar pada bahagian leher.

Siasatan awal mendapati mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 29 tahun dilaporkan bergaduh dengan seseorang di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain