suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramadan makin hampir, ramai tak sabar nak tarawih... Jakim teruskan SOP sedia ada

Jakim tidak berhasrat untuk memperkenalkan SOP khusus bagi ibadah tarawih. (Gambar Hiasan)

KEHADIRAN bulan Ramadan April ini pastinya dinanti-nantikan seluruh umat Islam di Malaysia.

Di sebalik kegembiraan menyambut kedatangan bulan mulia itu, mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) memandangkan pandemik Covid-19 belum berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemungkinan boleh adakan bazar Ramadan tahun ini - Zuraida

Dalam perkembangan semasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berhasrat untuk memperkenalkan SOP khusus bagi ibadah tarawih sempena Ramadan akan datang.

Sebaliknya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, SOP sedia ada akan diteruskan.

"SOP sama, sama ada di dalam solat, di kedai makan, majlis sosial dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Bulan Solat Kebangsaan, dekat sini pada Jumaat. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain