suria

Dendam berlarutan lama punca peniaga Padang Kota Lama bergaduh, 7 individu ditahan polis

Polis menyeru mana-mana saksi kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk tampil membantu siasatan.

DENDAM yang berlarutan antara dua peniaga pasembrr dan pertikaian mengenai pelanggan mencetuskan pergaduhan di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada Selasa.

Kejadian itu turut membawa kepada penahanan tujuh lelaki selepas mereka menyerah diri kepada pihak berkuasa, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Padang Kota Lama bikin gamat, siap ada pegang kayu macam nak pukul orang... tapi apa hal ‘teh ais terbang’?

Pemangku Ketua Polis Daerah George Town Superintendan V Saravanan berkata, suspek telah ditahan selepas mereka menyerah diri di ibu pejabat polis daerah timur laut.

“Klip video berdurasi 44 saat tular di Facebook menunjukkan sekumpulan individu bergaduh.


“Polis mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.40 malam Selasa di medan selera membabitkan beberapa lelaki tempatan,” katanya pada Khamis.

Saravanan berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh seorang pengusaha gerai berusia 36 tahun di Medan Selera Padang Kota Lama.

Menurut pengadu, dia berada di gerainya apabila perselisihan faham antara dia dan lima lelaki lain bertukar menjadi pergaduhan.

Tambahnya, kelima-lima suspek mempunyai kaitan dengan pengadu.

Siasatan mendedahkan bahawa pergaduhan itu dicetuskan oleh perebutan pelanggan oleh dua peniaga yang menyimpan dendam lama antara satu sama lain.

“Ketika pergaduhan itu, kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata, tambahnya.

Polis menyeru mana-mana saksi kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk tampil membantu siasatan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain