suria

Jangan sengaja nak dijangkiti Covid-19, KJ kata tiada bukti Omicron mampu bina imuniti kelompok

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

BIARPUN varian Omicron mempunyai gejala lebih ringan dan kurang membawa maut, ia tidak bermakna orang ramai patut mencuba agar dijangkiti virus tersebut, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata, tindak balas setiap individu terhadap virus itu adalah berbeza-beza.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada individu tak divaksin tapi dapat ke luar negara, Malaysia catat 122 kes Omicron setakat ini

“Kami tidak tahu bagaimana kesan virus itu kepada pesakit, sama ada dia divaksin atau tidak, atau bagaimana sindrom ‘long Covid’ akan berlaku.

“Masih tiada bukti saintifik untuk mengatakan bahawa dijangkiti dengan varian Omicron akan memberi kita imuniti kelompok.

“Kami tahu Omicron lebih ringan, Alhamdulillah, tetapi ia tidak bermakna kita perlu keluar dan dijangkiti,” katanya pada Ahad.

Khairy menjawab soalan mengenai kenyataan pakar virologi bahawa kebolehjangkitan Omicron yang tinggi tetapi gejala yang lebih ringan dan kadar kematian yang lebih rendah boleh membantu membina imuniti kelompok dalam masyarakat.

Apabila ditanya, Khairy mengulangi bahawa ia telah terbukti secara saintifik bahawa sebarang jangkitan Covid-19 akan meningkatkan imuniti seseorang.

“Itu jangkitan semulajadi. Tetapi jangan gunakan hujah itu untuk mendapatkan Covid-19. Itu sangat mengarut.

“Mesej kementerian mudah sahaja, anda tidak mahu dijangkiti Covid-19. Tidak kira apa variannya. Jangan dijangkiti virus dengan sengaja,” tambahnya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain