suria

Tiada ancaman tsunami di Malaysia, letusan gunung berapi dasar laut di Tonga terus jadi perhatian

Jabatan Metereologi memaklumkan kejadian itu tidak akan menyebabkan Malaysia dibadai tsunami. Foto: ZHAFARAN NASIB/The Star, Foto kecil: Reuters.

LETUSAN gunung berapi dasar laut di perairan Tonga pada Sabtu ternyata menimbulkan kebimbangan penduduk global.

Malah, khabar duka mengenai tragedi itu turut menjadi perhatian dan hangat diperkatakan netizen Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Tonga, Jepun pula dilanda tsunami

Dalam perkembangan terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan kejadian itu tidak akan menyebabkan negara ini dibadai tsunami.

"Berdasarkan kepada pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan, serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Provider (RTSP), mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

"Jabatan Metereologi akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejaidan ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa," ujar kenyataan itu.

Untuk rekod, perairan Tonga dilanda letusan gunung berapi di dasar laut pada jam 12.27 tengah hari, Sabtu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Long Tiger bakal didakwa Rabu ini

Artikel Lain