suria

Kes buli di MRSM, 6 pelajar digantung sekolah 2 minggu

JDM turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi berkenaan.

VIDEO tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, enam pelajar yang terlibat dalam kes tersebut menerima padah apabila dikenakan hukuman gantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuk perut: Dua lagi pelajar ditahan

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi berkenaan.

Katanya, JDM telah mengambil langkah awal dengan memanggil keseluruhan 10 pelajar tingkatan satu hingga tiga yang terlibat dengan insiden berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terlibat memukul mangsa, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi," katanya pada Sabtu.

Menurutnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Mara juga mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

"Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain