suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan risau, JPJ lanjutkan tempoh bayaran diskaun saman sehingga 15 Disember

Tempoh bayaran diskaun saman dilanjutkkan sehingga 15 Disember ini.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh diskaun pembayaran kompaun sehingga 15 Disember.

Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook yang mana mereka mengesyorkan semua kompaun dibayar secara tanpa tunai (cashless).

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM kutip saman RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam

Tambah pihak JPJ, diskaun itu sah di semua kaunter JPJ negeri, bahagian dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sepanjang dua hari lalu orang ramai berkumpul di KLCC selepas kedua-dua polis dan JPJ mengumumkan diskaun sehingga 80 peratus untuk kompaun terpilih.

Bagaimanapun, kaunter telah ditutup setakat petang Jumaat selepas mereka menerima jumlah kunjungan luar biasa, menyebabkan kebimbangan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain