suria

13 minggu jalani kursus komando, putera kacak Brunei dikurnia ‘Beret Hijau’

mateen

BERKAT kegigihan dan semangat juang yang tinggi, Pengiran Muda 'Abdul Mateen Sultan Hassanal Bolkiah berjaya menamatkan kursus All Arms Commando (AACC) pada 2 Disember lalu.

Kejayaan baginda menamatkan kursus yang berlangsung selama 13 minggu itu membuahkan hasil apabila dikurniakan 'Beret Hijau' dalam satu majlis di Commando Training Centre Royal Marines (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom.

Pelita Brunei melaporkan, 'Abdul Mateen menjalani AACC kendalian Royal Marines selama 13 minggu bermula 20 September dan berakhir pada 2 Disember 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengiran Abdul Mateen dedah punca kemangkatan kekandanya - “Dia banyak mengajar saya...”

Sejurus selepas majlis tamat latihan, 'Abdul Mateen bertitah, kursus AACC adalah satu kursus yang sangat mencabar dari segi fizikal dan mental.

Bagaimanapun titahnya, peluang mewakili Brunei merupakan faktor yang membakar semangat baginda untuk terus bertahan.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan berangkat menyaksikan majlis tamat latihan tersebut.

Menyingkap kemas kini di Instagram, 'Abdul Mateen turut memuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis berkenaan menerusi dua hantaran berasingan.

Ribuan komen membanjiri perkongsian gambar-gambar berkenaan dengan rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas kejayaan baginda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain