suria

Pelajar sekolah rendah perlu jalani ujian Covid-19 setiap minggu bermula minggu depan - KJ

Pelajar sekolah rendah perlu jalani ujian Covid-19 setiap minggu bermula minggu depan - KJ

MULAI minggu depan, pelajar sekolah rendah perlu menjalani ujian Covid-19 setiap minggu, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan berkata ini adalah sebahagian daripada Strategi Ujian Nasional baharu, yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

"Strategi Ujian Nasional Baharu akan dimuat naik dalam laman web kita dan akan mula (berkuatkuasa) pada hari isnin.

"Strategi Ujian Nasional ini dengan jelas akan mengariskan bila, siapa perlu menjalani dan ujian apa yang akan dijalankan sama ada PCR atau pun ujian kendiri.

"Salah satu perkara daripada ini yang ingin saya umumkan hari ini adalah keperluan untuk sekolah-sekolah rendah iaitu dimana murid-murid dibawah usia kelayakan untuk menerima vaksin, perlu melaksanakan ujian mingguan sekurang-kurangnya pada 10 peratus populasi pelajar di sekolah, dan mereka perlu melakukan ujian ini secara bergilir-gilir, dan pada sampel yang berbeza setiap minggu," umumnya.

Jelasnya ujian ini perlu dilakukan kepada pelajar tanpa mengira sama ada mereka mempunyai gejala ataupun tidak.

"Mereka perlu diuji tanpa mengira sama ada bergejala atau tidak, sekiranya bergejala mesti test tetapi kalau tak bergejala pun perlu buat testing.

"Ini untuk memastikan bahawa tidak wujud apa-apa kluster di peringkat sekolah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain