suria

Varian Covid-19 baharu, rakyat Malaysia dilarang lawat beberapa negara Afrika.

Rakyat Malaysia dilarang lawat beberapa negara Afrika.

RAKYAT Malaysia dilarang melawat beberapa negara Afrika berikutan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pada sidang media pada hari Jumaat (26 Nov), berkata negara-negara itu adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Larangan perjalanan itu berkuat kuasa pada hari Sabtu (27 Nov).

Khairy juga berkata warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe sejak 14 hari lalu tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia.

Rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang pulang ke tanah air selepas melawat negara-negara Afrika tersebut dibenarkan memasuki Malaysia tetapi mesti menjalani kuarantin mandatori 14 hari.

“Kuarantin tidak boleh dilakukan di rumah dan mesti berada di stesen kuarantin, tanpa mengira status vaksin pengembara,” kata Khairy.

Sampel juga akan diambil daripada semua pelancong yang tiba dari tujuh negara untuk pengawasan genomik.

Khairy berkata berdasarkan pengawasan genomik sehingga 26 Nov, tiada laporan mengenai varian B.1.1.529 Covid-19 di Malaysia.

"Kementerian Kesihatan memandang serius kewujudan varian baharu ini. Kami akan meningkatkan pengawasan genomik kami ke atas individu yang tiba dari negara terjejas.

“Pemantauan berterusan bagi pengawasan genomik dijalankan oleh konsortium yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR); Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Kes pertama melibatkan varian B.1.1.529 dikesan di Botswana pada 11 Nov dan yang kedua ditemui di Afrika Selatan pada 14 Nov.

Seorang individu di Hong Kong yang baru-baru ini melawat Afrika Selatan didapati dijangkiti dengan varian yang sama pada 25 Nov.

Laporan mengatakan varian B.1.1.529 mempunyai 32 mutasi spike protein, iaitu dua kali lebih banyak daripada varian Delta.

Para saintis di seluruh dunia masih mencari sama ada varian ini lebih mudah ditularkan daripada Delta, dan sama ada ia akan membawa kepada penyakit yang teruk dan jika ia menjejaskan keberkesanan vaksin.- The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid-19, varian baharu, arfika, B.1.1.529

Artikel Lain