suria

Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM didapati bersalah

Enam penuntut UPNM didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman Zulkarnain.

SERAMAI enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah.

Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM dipanggil bela diri, seorang bebas

Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

Allahyarham yang merupakan Pegawai Kadet Laut UPNM dikatakan didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sebelum ini, 19 penuntut UPNM didakwa atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Bagaimanapun seorang daripada tertuduh, Mohamad Akmal Akif Alias, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dan mencederakan Zulfarhan.

Nasib 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman hari ini sama ada mereka didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan.

Pada 8 April lalu, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Oktober 2019. -Harian Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Zulfarhan, UPNM, bela diri, enam bersalah

Artikel Lain