suria

Terus menurun... Malaysia rekod 4,626 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 4,626 kes baharu Covid-19.

SEBANYAK 4,626 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Ahad iaitu 4,979 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka harian Covid-19 terus menurun, Malaysia rekod 4,979 jangkitan baharu

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,476,268 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain