suria

Terdesak akibat kesempitan hidup... peniaga pastri ‘gadai diri’ jadi keldai akaun Ah Long

Kesempitan hidup memaksa Fika merelakan dirinya dijadikan keldai akaun Ah Long.

TINDAKANNYA meminjam daripada Ah Long akhirnya menjerat dirinya apabila dia mula terlibat dengan aktiviti keldai akaun.

Bercakap kepada mStar, seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Fika, mendakwa bebanan kewangan yang dihadapinya menyebabkan dia kembali meminjam duit daripada Ah Long awal tahun ini.

Jelasnya, dia memerlukan duit sebagai modal untuk meneruskan kelangsungan perniagaan pastri miliknya.

“Saya sudah berurusan dengan syarikat ni lama dah, ada dalam dua tiga tahun tapi mula-mula pinjam tak banyak dan saya boleh settlekan.

“Yang terbaru awal tahun dalam bulan Januari, saya tak ingat berapa nilainya tapi syarat yang diberikan adalah saya perlu serahkan kad akaun bank saya,” katanya.

Menurut Fika, dia pada mulanya menyerahkan kad banknya kepada Ah Long sebagai jaminan memandangkan dia ingin mendapatkan pinjaman tambahan.

“Saya tanya ada nak buat apa-apa ke, dia cakap takde nak pegang je sebab saya nak buat pinjaman lagi dan nilainya dalam RM5,000.

“Jadi saya pun bagi je, saya tak ada rasa was-was, tak ada rasa macam nak guna ke apa,” jelasnya.

Bila buka (online banking) saya nampak banyak sangat transaction, duit-duit yang dia collect daripada peminjam lain.

FIKA

Namun rahsia Ah Long terbabit terbongkar apabila Fika memeriksa penyata banknya.

“Masa tu saya nak buat loan dengan bank jadi mereka perlukan bank statement, bila saya mintak dari Ah Long tu, dia tak pandai jadi dia bagi username dan password pada saya.

“Masa tu saya pelik kenapa dia tukar password sedangkan dia cakap tak nak guna kad bank saya tu.

“Bila buka (online banking) saya nampak banyak sangat transaction, duit-duit yang dia collect daripada peminjam lain,” katanya.

Menurut Fika, dia yang pada ketika itu terdesak akibat bebanan hutang kemudiannya membuat “perjanjian” dengan Ah Long terbabit.

“Ini memang kesilapan saya yang paling besar, saya cakap boleh you nak pakai kad I tapi bagi loan you lagi, lepas tu dia pun bagi.

“Masa tu memang saya tak fikirkan akibat yang akan menimpa saya kalau jadi keldai akaun sampailah saya jumpa dengan Tuan Sam (Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsuddin Mohamad Fauzi).

"Dia yang beritahu akibat jadi keldai akaun, kalau orang report kita yang kena, jadi start dari situ saya mula takut," katanya.

Bila saya check balik penyata bank saya, nilai transaksi yang dibuat ada dekat RM100,000 kot.

FIKA

Fika kemudiannya dinasihatkan untuk membatalkan kad bank miliknya.

"Mula-mula saya takut tapi lepas saya nampak ada RM600 lebih masuk dalam akaun saya, jadi saya terus block kad saya dengan niat untuk perangkap Ah Long terbabit.

"Lekas saya block kad tu, Ah Long tu tiba-tiba macam baik sangat dengan saya sebab dia nak balik duit dia yang masih ada dalam akaun saya.

"Bila saya check balik penyata bank saya, nilai transaksi yang dibuat ada dekat RM100,000 kot," katanya.

Jelasnya, walaupun memegang kad banknya, Ah Long terbabit tetap mengancamnya setiap kali dia gagal melunaskan bayaran tepat pada waktunya.

Satu laporan polis telah dibuat setelah Fika membatalkan kad bank terbabit.

Fika kini didakwa masih lagi diganggu Ah Long terbabit yang menginginkan duit kutipan dari peminjam lain yang telah dimasukkan ke akaun Fika untuk dikembalikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

keldai akaun, mule, ccid, Ah Long, rela,

Artikel Lain