suria

Guru positif Covid-19, dua sekolah di Sarawak ditutup sementara

Mohamad (kanan) dalam lawatannya di SK Pendidikan Khas Taman Matang Jaya di Kuching. foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

DUA sekolah di Sarawak diarahkan tutup sementara pada minggu ini berikutan terdapat guru disahkan positif Covid-19, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kepada SMK Trusan dan SMK Merapok untuk penutupan dari Isnin (4 Oktober) sehingga Rabu (6 Oktober).

Dua sekolah berkenaan terletak di utara daerah Lawas.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah tetap dibuka 3 Oktober tanpa libatkan negeri Fasa 1, guru enggan divaksin tak dibenarkan mengajar secara bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN: Sesi persekolahan 2021 dilanjutkan, murid akan 'naik kelas' pada Mac 2022

"Dua guru di SMK Merapok dan seorang guru di SMK Trusan didapati positif Covid-19, maka kita mengambil langkah ketat dengan menutupnya sementara.

"Kementerian Kesihatan dan pejabat pendidikan bahagian Lawas akan memantau rapi situasi dan berharap kedua-dua sekolah dapat dibuka semula tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di SK Pendidikan Khas Kuching di Taman Matang Jaya di Kuching, pada Isnin. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain