suria

Menurun... Malaysia catat 18,762 kes baharu Covid-19

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 18,762 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 1,765,016 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 265,274 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 20,897 kes baharu Covid-19

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes, diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993) dan Kedah (1,585).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 278 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,942 kes," katanya, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 21,073 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,482,800 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,007 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 464 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain