suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perdana Menteri, isteri sertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 secara maya

Sebahagian barisan Jemaah Menteri mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. Foto: Bernama

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, secara maya.

Ia berikutan beliau kini menjalani kuarantin kendiri bermula Isnin (30 Ogos) setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Ismail Sabri dan isteri turut dilihat berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang dan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini yang bertemakan 'Malaysia Prihatin' disambut dalam persekitaran norma baharu susulan pandemik Covid-19 buat tahun kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Hari Kemerdekaan ke-64, PM ajak rakyat bersama pulihkan negara, berjuang lawan Covid-19

Sungguhpun begitu, sambutan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya tetap meriah dalam semangat Keluarga Malaysia.

Atur cara dan persembahan yang sarat dengan elemen patriotisme disusun bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP).

Ia ditonton secara fizikal oleh hadirin dalam bilangan yang terhad atau diikuti secara langsung melalui kaca televisyen atau secara maya.

Dalam perutusan Hari Kebangsaan Ke-64 yang bersiaran secara langsung pada Isnin malam, Ismail Sabri berharap tahun ini menjadi tahun terakhir Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan dalam suasana peperangan melawan pandemik Covid-19.

Beliau mengajak seluruh rakyat berjanji sempena tarikh keramat 31 Ogos untuk bersama-sama memulihkan negara dan terus berjuang dalam peperangan melawan pandemik Covid-19 yang diyakini akan berakhir dengan kemenangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain