suria

Malaysia catat 20,897 kes baharu Covid-19

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 20,897 kes baharu, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 1,746,254 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 267,863 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia rekod 19,286 kes baharu, Selangor catat angka kes bawah 4,000

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,371 kes, diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159) dan Kedah (1,942).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 282 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,664 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 18,465 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,461,727 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,005 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 464 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain