suria

Angka jangkitan Covid-19 kembali meningkat, Selangor kekal catat kes harian tertinggi

Jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 1,593,602 kes. foto:RAJA FAISAL HISHAN/The Star

DIKEMASKINI

JUMLAH kes Covid-19 kini sekali lagi meningkat apabila sebanyak 20,837 kes baharu direkodkan pada Selasa.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,593,602 kes.

Selangor kekal sebagai negeri tertinggi dengan 4,645 kes diikuti Sabah (3,376) dan Pulau Pinang (2,054).

Manakala Kedah pula menjadi negeri keempat tertinggi dengan 1,772 kes, diikuti Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,248), Perak (1,242), Pahang (521), Melaka (396) dan Terengganu (383).

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 351 kes, disusuli Perlis (74), Putrajaya (24) dan Labuan (4).

Kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan sejumlah 17,672 kes baharu pada Isnin semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 211 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 14,553 kes.

Sehingga hari ini, 18,613 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 1,316,336 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 1,068 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 511 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain