suria

Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar antara 22 aktiviti ekonomi akan beroperasi esok

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021.

PENGUMUMAN kerajaan mengenai kemudahan-kemudahan sektor sosial bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap sedikit-sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan 11 kemudahan sektor perdagangan dan pengedaran Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Pasangan jarak jauh lengkap 2 dos vaksin boleh rentas negeri mulai Selasa... solat berjemaah, melancong dalam negeri dibenarkan

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan ibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:

1. Kedai cuci kereta

2. Kedai elektrik dan elektronik

3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur

4. Kedai perabot

5. Kedai peralatan sukan

6. Kedai aksesori kereta

7. Pusat pengedaran dan jualan kereta

8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja

9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori

10.Kedai barang kemas

11.Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas, serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja). terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi. Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.

SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan. Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan kemudahan sektor perdagangan dan pengedaran Fasa 2 PPN, juga berkuatkuasa 16 Ogos 2021.

Kesemua 11 aktiviti ekonomi ini adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1, bermakna negeri Fasa 2 berpeluang menikmati 22 kemudahan aktiviti ekonomi termasuk 11 yang berikut:

1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi

2. Kedai barangan terpakai

3. Kedai bunga dan nurseri

4. Kedai kraftangan dan cenderahati

5. Kedai antik

6. Kedai alat permainan

7. Kedai permaidani

8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif

9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain)

10.Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi

11.Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik)

Untuk pengetahuan semua, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain