suria

Perancah besi projek LRT 3 runtuh, Prasarana arah kontraktor siasat menyeluruh

Prasarana mahu kontraktor, MRCB George Kent Sdn Bhd mengemukakan laporan terperinci dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.(Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia).

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengarahkan kontraktor terlibat untuk menyiasat runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi, Khamis petang.

Dalam satu kenyataan, Prasarana mahu kontraktor, MRCB George Kent Sdn Bhd mengemukakan laporan terperinci dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kami yakin bahawa keselamatan adalah keutamaan semua pihak yang terlibat untuk memastikan keseluruhan tempat kerja dijaga dan kami mematuhi peraturan keselamatan setiap masa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Prasarana akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk untuk segera melakukan siasatan kami sendiri mengenai perkara tersebut dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan yang menyeluruh,” kata kenyataan itu.

Prasarana mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dan turut berterima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam kejadian itu, dua pekerja warga asing cedera manakala seorang lagi maut tertimbus dalam runtuhan dan kesemua mangsa adalah warga Bangladesh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain