suria

Warga emas positif Covid-19 larikan diri ditemui semula

Seorang lelaki warga emas yang didapati positif Covid-19 dan melarikan diri, ditemui semula. -gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas di Tongod, Sabah yang bersembunyi bagi mengelak daripada mendapatkan rawatan selepas disahkan positif Covid-19, ditemui semula.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Karim Jikri, 69, ditemui di ladangnya dekat kediamannya di Kg Kuala Tongod, kira-kira kira-kira 270 kilometer dari Kota Kinabalu.

Lelaki berkenaan ditemui kira-kira pukul 7 petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit Covid-19 larikan diri, polis buru warga emas

Warga emas itu dibawa ke klinik Tongod dan kemudian dihantar ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.

Pada Ahad, pasukan perubatan berkunjung ke rumahnya bagi memaklumkan dirinya didapati positif Covid-19 hasil ujian saringan.

"Dia diminta untuk bersiap sedia kerana ambulans akan tiba bagi menjemputnya pada tengah hari, dan dia dilihat mula mengemas," katanya Dzulbaharin.

Beliau berkata, warga emas itu turut dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kediaman warga emas itu di Kg Kuala Tongod berkunci sebaik pasukan perubatan tiba pada tengah hari bagi menjemputnya. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain