suria

Rekod baharu... 59 kematian, 6,806 kes Covid-19 di seluruh negara!

Malaysia merekodkan 6,806 kes baharu Covid-19 pada Khamis.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 6,806 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, sekaligus mencatatkan kes harian paling tinggi setakat ini.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 492,302 kes.

Pada Rabu, Malaysia merekodkan sebanyak 6,075 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 50,171 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasi angka 6,000... Malaysia catat 6,075 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Daripada 6,806 kes baharu yang dilaporkan, 6,804 kes merupakan penularan tempatan dan baki dua kes adalah jangkitan luar negara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,277 kes, diikuti Kuala Lumpur (655), Johor (615) dan Sarawak (608).

Perlis pula merekodkan lapan kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 59 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, sekaligus menjadi angka kematian tertinggi yang direkodkan setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,099 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 3,916 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 440,032 kes.

"Sehingga kini, terdapat 587 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 330 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, rekod baharu

Artikel Lain