suria

Lepasi angka 6,000... Malaysia catat 6,075 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

MALAYSIA mencatatkan kes harian Covid-19 paling tinggi setakat ini, sebanyak 6,075 kes pada Rabu.

Perkembangan terkini itu menjadikan keseluruhan 485,496 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 47,340 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,251 kes, diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (445) dan Kelantan (441).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 46 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,040 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 3,516 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 436,116 kes.

"Sehingga kini, terdapat 559 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 303 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain