suria

47! Covid-19 rekod angka kematian tertinggi, 4,865 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 4,865 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,865 kes baharu, menjadikan keseluruhan 479,421 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 44,827 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 4,865 kes baharu yang dilaporkan, 4,860 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali meningkat... Malaysia catat 4,446 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743 kes, diikuti Sarawak (512), Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406).

Perlis pula merekodkan dua kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 47 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, sekaligus menjadi angka kematian tertinggi yang direkodkan setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,994 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 3,497 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 432,600 kes.

"Sehingga kini, terdapat 531 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 277 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain