suria

Ramai gesa ‘total lockdown’, ini jawab Ismail Sabri

Ismail Sabri mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP penuh.

KEBIMBANGAN orang ramai terhadap peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini, menyebabkan terdapat gesaan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan.

Bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau 'total lockdown' ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasi angka 6,000... Malaysia catat 6,075 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tolak PKP penuh, MB Selangor senaraikan 5 perkara penting sebelum buat sebarang keputusan

"Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP sepenuhnya atau 'total lockdown'.

Ini selepas Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 6,075 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu sekaligus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beberapa pihak menggesa agar kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya bagi mengurangkan kes kematian yang berpunca daripada virus Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain