suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi pagi Syawal... Lelaki maut ditikam selepas halang anak saudara beraya bersama bekas adik ipar

Mangsa ditikam oleh suspek ketika berada dirumahnya yang terletak di Umbai, Melaka. (Foto kredit: BERNAMA)

SEORANG pemuda berusia 36 tahun maut ditikam dihadapan dua anak saudaranya pada 1 Syawal di Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 pagi, Khamis.

"Bekas adik ipar kepada mangsa datang ke rumah untuk mengambil dua anak perempuannya bagi menyambut hari raya bersama.

"Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergelutan sehingga suspek menikam mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Sukri berkata suspek yang berusia 32 tahun dipercayai bertindak kasar apabila mangsa tidak membenarkan dia mengambil kedua anak perempuannya yang berusia lapan tahun dan 10 tahun.

Pihak polis juga menjalankan operasi bagi mengesan suspek yang telah melarikan diri dari rumah mangsa.

"Suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel Lain