suria

1 Syawal catat 4,855 kes baharu Covid-19

Sebanyak 4,855 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada 1 Syawal.

BILANGAN kes Covid-19 semakin meningkat dengan mencatatkan 4,855 kes baharu pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 458,077.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 41,855 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 4,855 kes baharu yang dilaporkan, 4,852 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

Bilangan kes kematian baharu pula adalah sebanyak 27 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 1,783 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (521) dan Johor (467).

“Manakala Sabah dan Sarawak pula masing-masing merekodkan sebanyak 395 kes dengan Kelantan (339), Perak (302), Kedah (193), Terengganu (148), Negeri Sembilan (100), Sabah (76), Melaka (67) dan Pahang (56).

“Wilayah Putrajaya pula merekodkan sebanyak 9 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (4) manakala tiada kes baharu direkodkan di Perlis, ” katanya menerusi Twitternya pada hari di mana umat Islam menyambut 1 Syawal.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 7 Jun 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain