suria

Lagi 1,529 individu dijangkiti Covid-19 pada Isnin, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Labuan tidak mencatatkan sebarang kes pada Isnin.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,529 kes baharu pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 314,989 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M jadi perhatian, penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia

Daripada 1,529 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat sembilan jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,177 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan lapan kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,177 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 2,076 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 294,034 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 160 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 726 kes.

Ia diikuti Sarawak dengan 252 kes dan Johor dengan 120 kes.

Bagi negeri lain, Negeri Sembilan merekodkan 89 kes dikuti Pulau Pinang (76) Sabah dan Kuala Lumpur (masing-masing 71), Perak (49), Kelantan (28), Perlis (17), Terengganu (13), Kedah (9), Melaka (4), Pahang (3) dan Putrajaya (1).

Labuan bagaimanapun tidak mencatatkan sebarang kes pada Isnin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain