suria

Malaysia catat 1,683 kes baharu Covid-19, 3 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,683 kes baharu, menjadikan keseluruhan 313,460 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 20,333 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 746 kes, diikuti Sarawak(201 kes) dan Johor sebanyak 158 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 1,680 kes, pertambahan 7 lagi kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,169 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 2,506 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 291,958 kes.

"Sehingga kini, terdapat 174 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain