suria

Covid-19: Jangkitan baharu 1,680 kes, pertambahan 7 lagi kematian

Sebanyak 1,680 kes positif direkodkan pada Sabtu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,680 kes baharu, menjadikan keseluruhan 311,777 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 21,159 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,680 kes baharu yang dilaporkan, 1,677 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 2,154 kes, 6 lagi korban Covid-19...184 di ICU

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 826 kes, diikut Sarawak (221) dan Johor (139).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,166 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 2,528 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 289,452 kes.

"Sehingga kini, terdapat 172 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 84 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain