suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh kes gaduh di gelanggang futsal, YouTuber antara 12 ditahan

Kejadian pergaduhan di gelanggang futsal.

SERAMAI 12 lelaki, termasuk seorang YouTuber, ditahan kerana didakwa terlibat dengan kes pergaduhan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang, di Subang Jaya, Selangor.

Video yang merakamkan kejadian pergaduhan itu menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kesemua individu itu ditahan dalam dua serbuan di Lembah Klang, kira-kira pukul1 pagi Ahad.

"Seorang YouTuber yang terlibat dalam kejadian itu, merupakan antara mereka yang ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek akan direman," katanya ketika dihubungi.

Abd Khalid berkata, perselisihan faham berlaku semasa perlawanan futsal apabila seorang remaja lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap seorang pemuda berusia 22 tahun.

"Pertengkaran berlaku antara kedua-dua pasukan tetapi seorang lelaki berusia 29 tahun cuba campur tangan dan meleraikan pergaduhan tetapi tidak berhasil.

"Dia kemudian dipukul oleh 10 individu," kata Abd Khalid. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain