suria

Malaysia catat 3,731 kes positif Covid-19, pertambahan 15 lagi kematian

Malaysia merekodkan 3,731 kes positif Covid-19 pada Ahad.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,731 kes baharu, menjadikan keseluruhan 242,452 kes setakat Ahad.

Daripada 3,731 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat sembilan lapan jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 3,847 jangkitan baharu, 12 lagi korban... 305 di ICU

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,606 kes diikuti Johor (499), Kuala Lumpur (372) dan Melaka (313).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 15 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 872 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 15 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 872 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 3,369 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 190,339 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 292 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 140 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain