suria

Ahli keluarga tinggal berasingan dalam lingkungan 10km dibenar hadir makan besar Tahun Baru Cina

Ia merupakan SOP yang telah dikemaskini selepas Menteri Kanan Keselamatan mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara pada Ahad.

PERJUMPAAN makan besar untuk Tahun Baru Cina dibenarkan untuk 15 ahli keluarga yang tinggal dalam jarak 10 kilometer (km) radius tanpa perjalanan rentas negeri atau daerah.

Demikian umum Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu perayaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: SOP terkini Tahun Baru Cina mungkin diumum Isnin, kata pemimpin persatuan Taoist

Ujar kenyataan itu, ia merupakan SOP yang telah dikemaskini semula selepas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Ahad.

Pada Khamis lalu, kerajaan mengumumkan SOP yang menyebut hanya mereka yang tinggal sebumbung sahaja boleh berkumpul untuk hadir dalam majlis itu.

Ia menimbulkan kemarahan ramai khususnya yang tinggal berdekatan dengan dengan ahli keluarga mereka.

Sejurus kecaman itu, Ismail tampil menjelaskan bahawa keputusan dibuat hasil perbincangan bersama MKN dan KPN yang mendapat persetujuan bersama wakil setiap pertubuhan keagamaan dan persatuan kebudayaan kaum-kaum terbabit

Namun, kumpulan yang hadir ke mesyuarat itu mendedahkan mereka tidak diberitahu mengenai keputusan akhir kerana hanya hadir untuk memberi pandangan. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tahun Baru Cina, MKN, SOP, makan besar

Artikel Lain