suria

Covid-19: 3,847 jangkitan baharu, 12 lagi korban... 305 di ICU

Malaysia merekodkan 3,847 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,847 kes baharu, menjadikan keseluruhan 238,721 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 50,894 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,847 kes baharu, 3,843 merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah kes import.

Pada Sabtu, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes, diikuti Johor (585) dan Kuala Lumpur sebanyak (402).

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 3,391 kes baharu Covid-19,19 lagi kematian direkodkan... 310 di ICU

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 857 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 1,692 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 186,970 kes.

"Sehingga kini, terdapat 305 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 139 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain