suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab golf terbakar, 120 buggy musnah dijilat api

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat.

SEBANYAK 120 kereta golf atau buggy musnah dalam kebakaran di Kelab Golf Kota Seriemas di Nilai, Negeri Sembilan pada awal pagi Khamis.

Menurut jurucakap Bomba, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 2.37 pagi.

"Kami sampai dalam masa beberapa minit dan mendaoati ruang penyimpanan bawah tanah yang memuatkan kereta itu sedang terbakar.

"Kami berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 3.23 pagi," katanya.

Anggota bomba dari stesen Nilai, Mantin dan Seremban 2 terlibat dalam memadamkan kebakaran.

Tambah jurucakap itu, kejadian disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain