suria

5 calon SPM MRSM Bentong dijangkiti Covid-19,3 pekerja dewan makan turut positif

Lebih 100 pelajar MRSM berkenaan kini dikuarantin di asrama. FOTO: KK SHAM/The Star

SABAN hari, negara ini terus merekodkan ribuan kes positif Covid-19.

Terbaharu, lima pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang positif Covid-19.

Bukan itu sahaja, tiga lagi petugas dewan makan di insitusi itu turut disahkan positif wabak tersebut.

Susulan itu, lebih 100 pelajar MRSM berkenaan kini dikuarantin di asrama.

Sebelum ini, Seramai 144 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan SPM di kuarantin kerana seorang pelajarnya positif Covid-19 pada Selasa.

Sementara itu, memetik laporan portal Utusan Malaysia pada Rabu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Bahari Awang Ngah mengesahkan lapan kes dikesan melibatkan pelajar dan pekerja di MRSM berkenaan.

Terbaharu, pihak Mara dalam satu kenyataan pada Khamis turut mengesahkan kes jangkitan berkenaan.

Seramai 38 orang pelajar, 5 pekerja dewan selera, 6 staf bertugas di asrama dan seorang guru yang didapati sebagai kontak rapat kepada pelajar yang disahkan positif Covid-19 telah menjalani ujian calitan di maktab bagi mengesan Covid-19 atas nasihat PKD.

Dalam masa yang sama, kerja-kerja pensanitasi telah dilakukan oleh pihak bomba di asrama, bilik kuliah dan sekitar maktab.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain