suria

Siasatan dilancarkan selepas Ketua Polis Johor terima ugutan bunuh

Ujar Ayob, dia hairan dengan ugutan itu memandangkan dia sudah tidak berkhidmat dalam pasukan E8. — NUR AISYAH MAZALAN/The Star

POLIS kini sedang menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman sebelum berpindah ke Johor pada Februari lalu menerima ugutan bunuh, dipercayai berkaitan dengan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Saya menerima ugutan dua minggu lalu oleh seorang lelaki yang menghubungi pembantu peribadi saya, mendakwa tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang membunuh saya.

"Dia memberikan maklumat mengenai saya dan tahu alamat rumah saya," ujarnya.

Polis Johor kini bekerjasama rapat dengan Polis Selangor dalam siasatan kes itu.

Ujar Ayob, dia hairan dengan ugutan itu memandangkan dia sudah tidak berkhidmat dalam pasukan E8. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain