suria

Malaysia rekod 1,153 kes baharu Covid-19, Selangor catat jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,153 kes baharu, menjadikan keseluruhan 91,969 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 15,294 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Sabtu melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 401 kes. diikuti Kuala Lumpur, 281 kes dan Sabah, 199 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,683 kes positif baharu termasuk 8 jangkitan luar negara, tiada kematian direkodkan

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,153 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 433 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 998 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 76,242 kes.

"Sehingga kini, terdapat 112 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan pada Sabtu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain