suria

1,340 kes Covid-19 pada Ahad, Selangor terus dahului kes harian tertinggi

Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 441 pesakit Covid-19 direkodkan hari ini.

MALAYSIA merekodkan 1,340 kes Covid-19 pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan 93,309 kes setakat ini.

Ia melibatkan 1,337 kes penularan tempatan, manakala tiga lagi kes merupakan kes import jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 1,153 kes baharu Covid-19, Selangor catat jangkitan tertinggi

Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 441 pesakit Covid-19 direkodkan hari ini, diikuti Kuala Lumpur (284), Sabah (196), Negeri Sembilan (169) dan Johor (156).

Antara lain, Pulau Pinang mencatatkan 30 kes diikuti Labuan (27), Pahang (12), Perak (10), Kedah (6), Sarawak (3), Putrajaya (2), Terengganu (2), Kelantan (1) dan Melaka (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan empat kes kematian pada Ahad, menjadikan keseluruhan 437 kematian setakat ini.

Perincian kematian hari ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 437 kes," ujarnya pada Ahad petang.

Sehingga hari ini, 1,067 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 77,309 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 116 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain